Kursus Powerpoint


Microsoft Office Powerpoint bukanlah satu perisian perbentangan asing bagi pelajar mahupun pekerja. Perisian ini diperkenalkan oleh Robert Gaskins and Dennis Austin pada 20 April 1987 dan direka khas untuk sistem operasi Macintosh sahaja. Namun, Microsoft membeli hak ciptanya dengan harga 14 juta dollar 3 bulan setelah perisian ini dilancarkan.

Maka, proses perbentangan telah berubah sepenuhnya dengan adanya perisian ini. Para pembentang tidak lagi menggunakan kad manila dan kertas mahjong. Perbentangan juga menjadi menarik dengan adanya ciri-ciri khas perisian ini seperti menukar slide dengan satu butang, menggerakkan perkataan di dalam slide dan pelbagai lagi.

Perisian ini telah dinaiktaraf dengan pelbagai versi sejak pelancaran pertamanya. Setiap versi memperkenalkan ciri-ciri baharu. Maka, tidak hairanlah kebanyakan daripada kita tidak tahu menggunakan sepenuhnya ciri-ciri Powerpoint ini. Malah, apabila versi baharu diperkenalkan, ada yang terus tidak tahu menggunakan nya.

Namun, dengan latihan daripada jurulatih yang bertauliah, anda mampu untuk meningkatkan kompetensi anda dalam perisian ini.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS POWERPOINT Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 1: Akibat Tidak Tahu Mneggunakan Powerpoint


Ahmad atau panggilan mesra nya Pak Mat ialah salah seorang pensyarah di universiti awam. Beliau berumur 50 tahun dan amat berpengalaman di dalam bidang pembangunan sumber manusia. Pada satu hari, Pak Mat telah dijemput untuk menjadi pembentang kolokium bertajuk "Pembelajaran Sepanjang Hayat", topik yang tidak asing dalam bidang pembangunan sumber manusia.

Pak Mat mendapat tahu bahawa canselor dari universiti lain akan hadir. Justeru, dia membuat persiadaan awal dan menulis isi-isi penting di dalam kad manila. Mengapakah di kad manila? Kerana beliau tidak mahir menggunakan komputer apatah lagi perisian di dalam nya.

Walaupun begitu, Pak Mat tidak pernah ada masalah kerana rakan sekerjanya amat memahami, begitu juga dengan para pelajarnya. Hari yang dinantikan tiba dan Pak Mat membentangkan idea nya. Pak Mat nemyedari salah seorang chanselor berasa hairan dengan cara perbentangan beliau, namun tiada apa-apa berlaku sehingga habis perbentangan.

Namun, pada waktu rehat chanselor tersebut telah bersemuka dengan Pak Mat dan memberi salam. "Assalamualaikum, En Ahmad" "Waalaikumsalam, Prof" "Isi penyampaian En tadi amat menarik" "Terima kasih, Prof" "Namun, saya ada persoalan yang ingin ditanyakan. Awak tidak menggunakan Power Point untuk perbentangan. Adakah awak tidak tahu menggunakan nya?"

"Ya, Prof saya kurang mahir menggunakan komputer apatah lagi perisian seperti Powerpoint. Lagipun, saya sudah tua. Rakan sekerja serta pelajar saya memahami keadaan saya ini Prof. Lagipun, jika saya ingin belajar, kebanyakan kelas-kelas komputer mempunyai pelajar yang jauh muda dari saya. Saya berasa malu." 

"Ohh begitu. Begini, saya merasakan sebagai seorang pendidik, kita hendaklah menjadi tauladan kepada orang di sekeliling kita. Awak baru sahaja bercakap tentang pembelajaran sepanjang hayat, namun awak sendiri menggunakan alasan umur dan malu untuk tidak belajar menggunakan komputer dan perisian Powerpoint."

"Saya tak nak terima alasan sebegini. Saya berharap awak akan memperbaiki masalah awak ini" Setelah itu, canselor itu pun berlalu pergi. Muka Pak Mat merah padam. Beliau tahu niat canselor itu baik, namun ayat nya menusuk ke dalam hati Pak Mat dengan mendalam. Sejak dari itu, Pak Mat mula belajar dari cara menggunakan komputer dan perisian Powerpoint.

Kajian Kes 2: Akibat Kurang Mahir Menggunakan Powerpoint


Ali ialah seorang pelajar diploma jurusan jurutera mekanikal. Untuk memastikan pelajar jurusan ini mempunyai asas perbentangan yang baik, mereka diwajibkan mengambil subjek "English for Communication". Salah satu tugasan dalam subjek ini ialah perbentangan mengenai apa-apa topik di dalam powerpoint.

Ali ialah peminat kereta sport. Sejak dari kecil, dia bercita-cita untuk bekerja dengan pengeluar kereta sport terkemuka seperti Ferrari, Porsche, Lamborghini dan lain-lain lagi. Justeru, dia membuat keputusan untuk membentangkan tentang "Motor Car", topik yang dia rasakan dia berpengetahuan luas.

Pada hari perbentangan, pensyarah nya telah menyuruhnya untuk berhenti membentang apabila beliau melihat slide pengenalan sahaja. Seperti yang digambarkan di dalam gambar di atas, slide Ali mempunyai banyak tulisan, tuisan yang tidak jelas kerana penggunaan latar belakang yang tidak sesuai dan menarik.

Setelah ditegur pensyarahnya, Ali mula musahabah diri dan belajar dari kesilapan. Jelaslah bahawa Powerpoint bukan nya alat untuk para audien untuk membaca idea anda, tetapi alat untuk membantu anda membentangkan idea anda dengan menarik.

Jangan Ketinggalan!
Daftarlah Untuk Menghadiri KURSUS POWERPOINT Ini Sekarang.
Muat Turun Borang Pendaftaran Sekarang
Klik DOWNLOAD
Isi CONTACT FORM, atau HUBUNGI En Shah 01125085983

Kajian Kes 3: Manfaat Apabila Mahir Menggunakan Powerpoint


Budi ialah seorang jurulatih yang baru sahaja memperoleh sijil Train The Trainer. Setelah sebulan mempromosikan khidmatnya kepada pembekal latihan, barulah dia mendapat sesi latihan nya yang pertama.

Budi tahu jika dia berjaya mengendalikan latihan ini, besar kemungkinan dia akan dijemput lagi untuk mengajar. Maka, dia pun menyediakan bahan latihan nya. Antaranya ialah menyeidakan Powerpoint yang boleh menarik minat peserta.

Justeru, dia pun mula mereka Powerpoint nya. Dia mengambil isi-isi penting dan menaip semula menjadi patah perkataan yang pendek namun padat. Seterusnya, ianya dipecahkan mengikut bullet. Dia juga meletak kan gambar-gambar yang bersesuaian dengan isi kandungan slide nya.

Video pembelajaran pula dipaut menggunakan hyperlink supaya dia tidak perlu beralih dari powerpoint ke pemain video. Dia juga memastikan pemilihan warna perkataan bersesuaian dengan latar belakang slide supaya ianya mudah dibaca.

Sesi latihan Budi berjalan dengan amat baik dengan para peserta terpegun melihat slide yang disediakan Budi. Budi mendapat penilaian yang baik dari para peserta. Pembekal latihan juga berpuas hati dengan sesi latihan beliau dan berjanji akan menggunakan khidmatnya jika ada keperluan pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment